Wednesday, December 14, 2011

10 minit lagi

       Semua sedang memandang ke arah aku. Keluargaku, kawan-kawanku, berada dalam satu bilik. Reaksi muka yang sedih hanya boleh dilihatku melalui mataku yang kabur. Aku pelik. Aku cuba bercakap sesuatu namun aku tak boleh bergerak. Badanku seperti separuh mati. Roh yang dikandung badanku ini seperti mahu keluar dari tubuh badan. Aku tidak boleh bernafas dengan betul. Dibelakang badanku ada benda yang menghalang daripada terjatuh. Dimulutku terpasang sesuatu benda yang aku sendiri tidak tahu apa bendanya.

       Aku cuba membuka mataku namun tiada daya yang dapat membuat mataku terbuka. Namun ,aku terdengar suara berkata-kata. "Doktor ! takkanlah tiada cara lain, pasti ada cara kan? saya sanggup bayar berapa sahaja doktor". Kata En. Fadly." Kami dah buat apa yang kami boleh , selebihnya terserah di tangan tuhan". Dijawab dengan penuh hampa oleh Dr.Chin. Pn Shila menangis tak berhenti-henti. " Bangunlah sayang, mama tak nak kehilangan kamu." Katanya sambil menangis teresak-esak. "Papa, papa! kenapa along tidur je?" Kata Aidil, adikku yang bongsu sekali. Ayahku menjawab " Along tengah koma, nak bukan tidur". "koma tu apa, pa?" ditanya lagi oleh aidil yang tidak tahu apa-apa yang sedang berlaku. Namun, ayahku hanya berdiam diri.

       Rupa-rupanya, aku sudah koma beberapa hari akibat kejadian hari itu. Aku yang bersalah. Aku tidak sepatutnya pergi ke situ.Aku sepatutnya dengar kata mak aku. Aku mahu bangun. Tolonglah Ya Allah. Aku tak mahu mati sekarang. Mak , jangan risau. Along akan bangun sekarang. Janganlah buat muka sedih lagi. Tiba-tiba, aku berasa semput. Nafasku semakin perlahan. Adakah aku akan mati? tidak! aku tak mahu mati. Aku mahu hidup. Tanpa disedari, aku mula mengimbas perbuatan aku sebelum ini. Aku masih ingat perkara terakhir aku buat sebelum terbabit dalam kejadian itu.....

       "Ma, tak naklah! Along tetap nak kerja dengan kumpulan tu." aku tengking ke arah ibuku. "Along, kerja dengan mereka tiada faedah. mereka hanya permainkan kau long. percayalah cakap ibu" kata mak. "AAAAAAAAHHHHH! sudahlah! mak bukan faham apa-apa pun pasal along. Asyik-Asyik ikut cakap mak je, masalah ah!" aku jerit sekuat hati. Aku masuk kedalam kereta kemudian pergi ke tempat yang telah dijanjikan untuk berjumpa dengan kawan-kawan aku. Aku sampai ke destinasi. Aku keluar dari kereta. Doosh!! aku dipukul dari belakang oleh sesuatu benda yang panjang. Aku berasa agak pening lalu dibelasah bertubi-tubi oleh mereka tanpa sebab. Aku kemudian pengsan.
       
         Kini, aku berada di atas katil hospital, menunggu tarikh tamat kehidupan aku di bumi. Hanya dapat  melihat ahli keluarga menangis di sisiku. Aku menyesal atas perbuatanku.




*This is my first time doing this kind on story. so basically it's sucks and totally killing your time. bwahaha.